Apabila kamu bersedih, ingatlah bahawa qadha dan qadar itu telah ditentukan oleh Allah SWT..
Wahai insan ciptaan Yang Maha Bijaksana ;
Selepas lapar pasti ada kenyang
Selepas haus pasti ada kepuasan
Selepas berjaga malam pasti akan ada tidur yang lena
Dan selepas sakit pasti datang kesembuhan
Setiap yang hilang akan ditemui
Setiap yang sesat akan datang petunjuk
Setiap kesusahan akan hadir kemudahan
Dan setiap kegelapan akan hadir terang benderang
Sampaikanlah khabar gembira pada malam hari
Bahawa sang Fajar pasti datang
Menghalaunya dari puncak-puncak gunung
Mengusirnya dari dasar-dasar lembah
Kepada kita yang dalam kesusahan
Ingatlah bantuan pasti datang
Secepat kilat sekerdipan mata
Kepada kita yang ditindas
Ingatlah, kelembutan dan dakapan hangat
Pasti akan segera tiba
Ketika kita melihat hamparan padang pasir
Memanjang tanpa batas
Ketahuilah, di sebalik kejauhan itu
Pasti adanya kebun merimbun hijau dedaunan
Ketika kita melihat tali terpilin kencang
Ketahuilah, tali itu pasti akan putus
Setiap tangisan akan berkesudahan dengan senyuman
Ketakutan akan berakhir dengan dengan rasa aman
Dan kegelisahan pasti akan lenyap dengan kedamaian
Janganlah sekali-kali merasa terhimpit sedikit pun
Kerana setiap keadaan pasti berubah
Walaupun begitu, yang ghaib terus tersembunyi
Dan Yang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifatNya
Sesungguhnya,
Sebaik-baik ibadat itu adalah menunggu kemudahan dengan sabar
~ La Tahzan~
*Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni*