Showing posts with label Events. Show all posts
Showing posts with label Events. Show all posts

Friday, 18 July 2014

FORM 1 : Eksperimen menunjukkan oksigen diperlukan untuk respirasi



Tujuan : Mengkaji gas yang diperlukan untuk respirasi
Pernyataan masalah : Apakah gas yang digunakan semasa respirasi
Hipotesis : Hidupan menggunakan oksigen semasa respirasi
Pemboleh ubah : 
        >>> dimalarkan : isipadu udara dalam tabung didih/ saiz tabung didih
        >>> dimanipulasikan : kehadiran belalang
        >>> bergerak balas : pergerakan titisan air berwarna
Bahan / radas : kapas, air berwarna, larutan natrium hidroksida, belalang hidup, tabung didih, gabus, tiub kapilari dan kasa dawai
PROCEDURE 

1. Susunan radas seperti yg ditunjukkan dalam rajah disediakan
2. Tabung didih itu disimpan secara mengufuk ditempat yang sama selama tiga jam.
3. Pergerakan titisan air berwarna itu diperhatikan

:::gelagat pelajar tingkatan 1K # eksperimen belalang # :::
Belalang ditinggalkan semalaman kerana kesempitan dimensi masa





The observation on the next day (early morning) 







Sunday, 8 December 2013

:: 18 NOV 2013 :: Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD)


Setelah sekian lama tidak menulis, saya memulakan karangan saya dengan kursus CPD anjuran BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU (BPG) pada 18 Nov hingga 22 Nov 2013...
Apa yang boleh saya katakan tentang kursus ini? SERONOK, TIDAK BOSAN, dan sebagai peserta program saya mendapat banyak input daripadanya. Kursus ini tidak seperti kursus induksi yang pada saya hanya berkonsepkan ceramah dan pada akhirnya penilaian bertulis. Kursus ini pula lebih kepada konsep bengkel, perkongsian rakan-rakan guru dan fasilitator tentang isu-isu pendidikan..ia lebih realistik dan bersifat pembelajaran kontekstual.
Di sini saya berkongsi serba sedikit aktiviti, ilmu dan link internet yang dikongsi semasa kursus... (^_^)

Jadul nampak macam pack jer...tapi kami enjoy... =)








...kenangan yang tak dapat dilupakan adalah mengenali rakan-rakan peserta yang best dan happy go lucky semuanya... 
P/S :: some of the pictures is taken from Teng Sii Niang (smk Daro) & Fatma Wahidah (Smk Durin)

















Monday, 27 February 2012

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM KRS & NGO PERINGKAT BAH. KAPIT

minggu lepah amb0 menjadi guru pengiring iring pelajar SMK Kapit ambik bahagian dale perkhemahan ko peringkat bahagian kapit yang diadakan di SMK Selirik.....byk jgk la sekoloh lain ambik bahagie...
hari pertame, xdok seronok sgt, ado la hok gere ko penguruse dio...mcm xprepare jah..aduhhh...kucar kacir..tp buleh dikawal lg la...mintk2 lepah ni sek2 dio wat post-mortem la scan balik mn hok kure....

AKTIVITI HARI PERTAMA (21 feb 2012)




Antara logo yang dilukis pelajar

selain lukis logo diorang jugok kene reka sorakan sbg trademark kump masing...

ambo pun xpehe bdk2 ni kato gap0...ikut bahasa dio kot....

yang ni ok la ckit....huhu

macam2 la bdk2 ni...

HARI KEDUA (22 FEB 2012)

mace2 aktiviti pangkalan....bdk2 sekolah seronok tp kite y mengiring ni ...aduhhh boring.tp xpelah asalkan bdk2 seronok...


HARI KETIGA (23 FEB 2012)

hari ketiga ni bes la...slot masakan ala rimba .... sama2 sungguh ngn student... urusetia hny wi seikat daun ubi, bunga kantan, 5 btg buluh, 3 ekor ayam, 1 ekor ikan sultan, bwg merah, bwg putih, dan garam...y lain2 cari sendiri sekeliling kaw khemah... api untuk msk hny buleh gun0 3 btg mancis je... terer sekoloh ktore guno 1 btg mancis jah tp ktore guno kertas...hahaha..jahat sungguh...kami adalah sekoloh plg awal hidupkn api.....


malam 2 plop ado persembahan kebudayaan dari pelajar dan guru...bes sgtttttttt...yelahh klu kebudayaan 2 gak meme sedak sokmo...hehhee

HARI KEEMPAT (24 FEB 2012)
hari ni ad0 majlis penangguhan tp ambo xg pasal jatuh moto plk ms nk g....kui3...sie molek...

 ~!@#$%  P/S  :::: hasil dari maklumat bdk2 ni...sekoloh ambo menang tempat kedua tabik hormat dan masakan ala rimba...meme sedap la bdk2 msk...ambo try ckit jah sedap la jgk...meme bdk2 ni ado bakat masok ... buleh make la ambo mugo bersih la sek dio buat 2 pun  sbb keno blebe sokmo ko ambo ni... CIKGU BEREHI BLEBE....kui3 ~!@#$%




Sunday, 12 February 2012

SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1433H


Dalam suatu riwayat, Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, Malaikat Jibril, Mikhail, Israfil dan Izrail A.S, telah berkata kepadaku. 

Berkata Jibril A.S. : Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing
tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian
seperti kilat menyambar. 

Berkata pula Mikail A.S. : Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.

Berkata pula Israfil A.S. : Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku
sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu. 
Malaikat Izrail A.S pula berkata: Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya 
seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.



Demikianlah kelebihan berselawat. Sesiapa yang rajin berselawat, Jibril akan menjadi pemandunya di titian sirat, mikail pula akan memberinya minum 
di mahsyar dan izrail akan mencabut nyawa dengan lembut.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL pada tahun ini masih lg meriah seperti tahun-tahun sebelum...syukur alhamdulillah..
Saya boleh berbangga dengan diri saya di sini kerana berpeluang terlibat dalam aktiviti perarakan sebegini...meriah,mengeratkan silaturrahim sesama muslim di samping tujuan sebesar-besar tujuan iaitu mengejar pahala Allah dan syafaat Rasulullah dengan berselawat ke atasny...di kampung saya rasanya tidak pernah saya menyertai aktiviti sebegini.

Perarakan bermula pada jam 7.30 pagi berarak dari Dewan Suarah Kapit melalui jalan-jalan utama pekan Kapit. Rasa bangga sebagai seorang muslim dapat berselawat beramai-ramai sambil disaksikan oleh ramai non-muslim.

Semua umat Islam di Kapit tidak kira peringkat umur berkumpul untuk berarak sambil berselawat bersama-sama seawal jam 7.00 pagi.



perarakan berakhir kira-kira jam 9 pagi...
makanan percuma diagihkan selepas perarakan

SERONOK MENGEJAR PAHALA ALLAH...
semoga program seperti ini kekal hingga generasi akan datang.