Showing posts with label La Tahzan. Show all posts
Showing posts with label La Tahzan. Show all posts

Monday, 17 September 2012

Rawatlah Hati Pujuklah Rasa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sedikit mutiara kata yang dikutip daripada lidah seorang hamba Allah pada hari ini

Wajah yang cantik itu bukan bertampal putih merah coklat
Wajah yang cantik itu terangkat apabila air mukanya air muka jernih,air muka ceria
Biar duitnya sedikit tetapi di wajahnya ada kemewahan
Biar gulanya sedikit tetapi manisnya ada dalam senyuman
Sebab itu daripada awal sudah dipesankan,
senyuman itu sedekah
Orang yang ceria , orang yang tenteram senang memberi
Orang yang sedih seperti berumah diperkuburan,orang yang melihat mendung seumur hidup spt memakai kaca mata kelabu melihat dunia ini terlalu sempit
Oleh itu,bangkitlah kekuatan bahawa kita tidak layak bersedih dan kitalah orang yang mampu mengubah diri untuk memilih untuk tidak bersedih.

- Dr Robiah K. Hamzah -

Wednesday, 16 May 2012

sebaik baik PERHIASAN ...

kelembutan tutur kata, senyuman ikhlas di bibir dan sapaan-sapaan hangat yang terpuji ketika bersua merupakan hiasan-hiasan yang selalu dikenakan oleh orang-orang yang mulia. Sifat seorang mukmin yang mulia itu seakan seekor lebah, makan dari makanan yang baik, dan menghasilkan madu yang baik. Hinggapnya pada setangkai bunga, tidak pernah merosakkannya..Sesungguhnya Allah SWT menganugerahkan pada kelembutan sesuatu yang tidak Dia berikan kepada kekerasan..



Friday, 13 April 2012

KETENANGAN HATI DATANG DARIPADA ILMU YANG DITUNTUT, ILMU DATANG DARIPADA ALLAH S.W.T ... & SESUNGGUHNYA SEGALANYA DATANG DARIPADA ALLAH SWT KERANA MENGGERAKKAN HATI UNTUK MENCARI ILMU ...

Apabila kamu bersedih, ingatlah bahawa qadha dan qadar itu telah ditentukan oleh Allah SWT..

Wahai insan ciptaan Yang Maha Bijaksana ;

Selepas lapar pasti ada kenyang
Selepas haus pasti ada kepuasan
Selepas berjaga malam pasti akan ada tidur yang lena
Dan selepas sakit pasti datang kesembuhan

Setiap yang hilang akan ditemui
Setiap yang sesat akan datang petunjuk
Setiap kesusahan akan hadir kemudahan
Dan setiap kegelapan akan hadir terang benderang

Sampaikanlah khabar gembira pada malam hari
Bahawa sang Fajar pasti datang
Menghalaunya dari puncak-puncak gunung
Mengusirnya dari dasar-dasar lembah

Kepada kita yang dalam kesusahan
Ingatlah bantuan pasti datang
Secepat kilat sekerdipan mata

Kepada kita yang ditindas
Ingatlah, kelembutan dan dakapan hangat
Pasti akan segera tiba

Ketika kita melihat hamparan padang pasir
Memanjang tanpa batas
Ketahuilah, di sebalik kejauhan itu
Pasti adanya kebun merimbun hijau dedaunan

Ketika kita melihat tali terpilin kencang
Ketahuilah, tali itu pasti akan putus

Setiap tangisan akan berkesudahan dengan senyuman
Ketakutan akan berakhir dengan dengan rasa aman
Dan kegelisahan pasti akan lenyap dengan kedamaian

Janganlah sekali-kali merasa terhimpit sedikit pun
Kerana setiap keadaan pasti berubah

Walaupun begitu, yang ghaib terus tersembunyi
Dan Yang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifatNya
Sesungguhnya,
Sebaik-baik ibadat itu adalah menunggu kemudahan dengan sabar



~ La Tahzan~
*Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni*

Monday, 2 April 2012

Berbuat Baik Menyejukkan Jiwa

Kebaikan itu sebaik namanya, keramahan itu seramah wujudnya, dan keikhlasan itu sesuci rupanya.

Wahai orang-orang yang merasa terancam dengan himpitan kesengsaraan, kecemasan dan kebimbangan hidup, kunjungilah taman-taman kebaikan,sibukkan dirimu dengan memberi,mengunjungi,membantu,menolong dan meringankan beban sesama manusia. Dengan itu, nescaya kamu akan mendapat kebahagian dari semua aspeknya;rasa,warna & hakikatnya.

*Perbuatan baik itu bak wewangian yang bukan sahaja mengembirakan hati pemakainya malah orang-orang sekelilingnya*

Sumber:La Tahzan:Dr 'Aidh b Abdullah al-qarni

Wednesday, 21 March 2012

Jangan Bersedih ...

Setiap kali kami menuliskan huruf-huruf suci tentang kemegahan-Mu, segenap jiwa turut bersenandung ‘Engkaulah yang Maha Mulia’ dan segala makna akan cair di depan kemuliaan-MU, oh Tuhanku.
Justeru, ya Allah, gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian, di tempat kedukaan ini dengan kegembiraan dan di tempat ketakutan dengan keamanan.
Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan dan padamkanlah bara di jiwa dengan air keimanan..
Oh Tuhan, jadikanlah mata yang tidak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan dan letakkanlah atas jiwa yang goncang ini kedamaian dan berilah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir.
Oh Tuhan halakanlah kebingungan pandangan hatiku kepada nur cahaya-Mu dan tindakan-tindakanku yang keliru kepada jalan-Mu yang lurus dan palingkanlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu kpd hidayah-Mu.
Ya Allah lenyapkanlah perasaan was-was dengan fajar cahaya kebenaran dan hapuskanlah jiwa yang rosak dengan falak kebenaran dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-Mu dalam keadaan terhina.
Ya Allah, lenyapkanlah dukacita kami, hilangkanlah kesedihan kami dan halaukanlah keresahan dari jiwa kami.
Kami berlindung kepada-Mu dari perasaan takut, kami bersandar dan berserah hanya kepada-Mu . kami tidak meminta kecuali kepada-Mu, kami tidak meminta tolong melainkan kepada-Mu. Engkaulah Pemelihara kami, sebaik-baik Pelindung dan Penolong.


Rujukan:
La Tahzan
Aidh bin Abdullah Al-qarni