Showing posts with label st0ry behind my kitchen. Show all posts
Showing posts with label st0ry behind my kitchen. Show all posts

Friday, 18 July 2014

Blueberry Creamcheese Coffee Cake


CAKE

250 gm cream cheese
3/4 cups sugar
2 large eggs
1/4 cup melted butter
1 tbsp vanilla extract
2 tbsp lemon juice
2 cup all-purpose flour
1 1/2 tsp baking powder
1/4 tsp baking soda

DIRECTION : 
1. preheat the oven to 160-170 C and grease 9 x 13 inch pan
2. whisk creamcheese, sugar, eggs, melted butter, vanilla and juice together
3. in a separate bowl, sift flour, baking powder, baking soda. Add this to the creamcheese mixture and stir until just blended. 
4. spread this in the prepared pan
                   
Streusel & Blueberry fruit and filling

1 cup all-purpose flour
3/4 cup sugar
1/2 tsp baking powder
1 pinch cinnamon powder
6 tbsp melted butter
1 cup blueberry fruit
1 cup of blueberry filling

DIRECTION :
1. stir the flour, sugar, baking powder and cinnamon together. Then stir in the butter until the mixture is evenly combined and become crumble
2. spread the blueberry filling on the cake mixture and sprinkle the fruit and the streusel.
3. bake the cake for 50-60 minutes or until the tester inserted in the centre of the cake comes out clean.


The idea of the cake actually come from " BAKE WITH ANNA OLSON # Raspberry Ricotta Buckle "
::: ~~~ HAPPY COOKING ~~~:::




Thursday, 3 May 2012

COTTON CHEESE CAKE ...


BAHAN:
Bahan A
250 g cream cheese
300 ml susu segar
50 g butter
Secubit garam
Satu sudu besar jus lemon

Bahan B
6 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
100 g tepung naik sendiri (1 cawan) - diayak
< jika anda guna tepung gandum, ayak bersama 1/4 sudu besar serbuk penaik >
Sedikit esen vanilla

Bahan C
6 biji putih telur
125 g gula halus ( 3/5 cawan)
Secubit garam
1 sudu teh cream of tartar (optional)

CARA MEMBUAT:
             1 - Masak bahan A menggunakan teknik double boiler. Biarkan sejuk seketika.
    2 - Dalam bekas berasingan, pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan bahan A tadi + esen vanilla dan pukul lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau lagi hingga sebati.
    3 - Dalam bekas berasingan, pukul putih telur sampai kembang ( Nampak buih2 putih pekat). Masukkan garam dan cream of tartar dan pukul lagi.
    4 - Masukkan gula satu sudu besar dan pukul lagi. Masukkan lagi gula satu sudu besar dan pukul lagi. Ulang langkah ini sehingga gula habis. Pukul putih telur sampai gula betul-betul larut dan tidak berketul apabila dirasa dengan jari. Pukul adunan sampai menjadi putih dan pekat sampai xmeleleh pun bila bekas diterbalikkan.
that egg white should be like this
    5 - Kaup balikkan bahan C dengan campuran kuning telur, tepung dan bahan A tadi. Kaup balik perlahan supaya kepekatan putih telur tidak rosak.
     6 - Bakar menggunakan teknik water bath selama satu jam. Suhu oven 170°C (20 minit) dan turunkan suhu kepada 140° C (40 minit). 
teknik water bath   
    Lapikkan kertas aluminium di atas kek sekiranya permukaan atas kek menjadi terlau cepat perang.
     7 - Cucuk toothpick ditengah kek untuk pastikan kek  masak. Kalau keluar bersih, maknanya dah masak.

aftermyredpen
tadaaa.... the cotton cheese cake is done ...cool right !!!

   it will be more nicer and cook fast if you can use this kind of pan (picture below) ...

Friday, 2 March 2012

when i wake up & wanna eat something very satisfying my heart

::: assalamualaikum & salam sejahtera :::
<3 flash back on sunday 26 feb 2012... :*_*: seminggu sebelumny tgk martha bakes at NTV7 .... tiba2 bangun hari ni teringin nk mkn blueberry muffin yang martha buat...duk termenung lepas solat subuh..lalu menghilangkan keinginan 2 dgn tidur...hehehe...bgn pukul 8...aduhai kempunan lg..terus masuk dapur tgk stok brg y ade .... bantai aje...blueberry xde so replace with strawberry chip...lets see how its look ok! :::

 ::: worth it for the first time bake it :::


Strawberry chip muffin with brown sugar crumb
untuk buat serdak (crumbs)untuk diletakkan atas muffin:
1 1/4 cawan tepung gandum biasa
1/2 cawan padat gula perang
3/4 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 cawan mentega dicairkan dan disejukkan
*semua bahan-bahan ni dicampur dan digaul sampai jadi crumbs (rupany mcm kelapa parut yang kering y selalu kita goreng tu)....kemudian ketepikan dahulu.

untuk bahan muffin:

3 cawan + 2 sudu besar tepung naik sendiri
6 camca besar mentega dilembutkan
1 1/4 cawan gula halus
1 besar telur + 2 kuning telur
1 sudu teh ekstrak vanila tulen
1 cawan susu
100 g strawberry chip
Gula halus dan dan chocolate rice untuk topping (optional)

cara membuat muffin:
1. Panaskan oven kepada 375 F.(oven saya: 200 C). letak pelapik kertas standard 12-cawan acuan muffin.
2. Ayak bersama tepung naik sendiri ke dalam mangkuk.
3. Dengan pembancuh elektrik pada kelajuan sederhana, pukul mentega dan gula hingga kembang.
4.Tambah telur dan vanila; pukul lg sehingga sebati.
5. Kurangkan kelajuan rendah;masukkan tepung dan susu berselang seli, bermula dan berakhir dengan tepung.
6. Masukkan strawberi chip dan kaup balikkan perlahan-lahan. Jgn terlebih kacau nnt adunan sedikit keras pulak.
7. Masukkan adunan ke dalam cawan muffin. taburkan crumbs td, gula halus dan choc rice sbg topping.
8. Sebelum muffin dimasukkan saya turunkan suhu kepada 160 C. Bakar sehingga warna keemasan di atasnya.






***... Happy trying ...***



Sunday, 3 July 2011

::WHOLEMEAL cake::

utk bahan-bahan utk kek nye ialah:
(ruj::::resepi asal on joybaking.com)

1 cwn / 100 gm walnuts
1 cwn  oat
2 cwn carrot (ikut suke pun xpe)
2 cwn / 260 gm tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder (serbuk penaik)
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur
1 1/2 cwn / 300gm gula kastor
1 cwn / 240 ml minyak canola/myk jagung
2 sudu teh vanilla

bahan utk cream cheese frosting:
1/4 cwn @ 57gm butter
227 gm cream cheese
1 1/2 cwn / 230gm icing sugar (kurangkan klu xnk manis)
sedikit parutan lemon

cara membuat:

1. panaskan oven 350 F / 180 C
2.bakar walnut dlm oven selama 8 minit sebelum dicincang halus
3.dalam satu mangkuk besar ::: gaulkan sebati tepung gandum+serbuk penaik+soda+garam+serbuk kayu manis
4. dalam mangkuk berasingan::: pukul telur hingga kembang (1 minit). masukkan gula dan pukul lagi sampai adunan pekat (warna kuning muda). masukkan minyak perlahan-lahan sambil pukul adunan tadi.
5. masukkan tepung dalam adunan di (4) dan kacau sebati.
6. masukkan carrot+walnuts+oat
7. masak selama 30- 40 minit @ sehingga lidi y dicucuk kedalam kek dieluarkan bersih.
8. masa bakar berbeza mengikut loyang yang digunakan. jika loyang kecil dan tinggi kek y dimasak mungkin lebih lama.
loyang saya besar dan agak tebal jadi ambil masa sejam untuk bakar...=)

cream cheese frosting on top of the cake...so sweet...

cara membuat frosting (icing di ats kek):
1.pukul cream cheese+mentega hingga sebati
2. masukkan icing dan pukul sampai pekat. jgn terlebih pukul, nanti dia cair, susah nak letak ats kek nanti
3. masukkan parutan lemon+sedikit vanilla.
4. ratakan atas kek apabila kek sudah sejuk.

"kurangkan gula" for healthy lifestyle


*~ BELUM CUBA BELUM TAU ~*
@>--"--------


Saturday, 2 July 2011

really wanna have it after watching shasha n zain in SElebriti KNorr

Salam...today i'd finaly succeed in baking wholemeal cake ::: look quite similar 2 what shasha n zain baked but realy dont knw about the taste...but so far ok lar...hehe...
Actualy this recipe from joybaking.com. Carrot cake recipe.I modified it a bit so that it wil be wholemeal cake. I'd add a cup of oat to it...
Oppsss...the battery is runing low. Hv to stop writing..i'll write tonight 4 the recipe...
Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, 23 June 2011

chocolate chip bread (Quick Bread)



susah sgt nak dapat roti yang yakin halal di sini...well after a day searching in the internet from joy of baking. com...i've got the recipe...modified them a bit because of  some ingredients are not available here..so the original recipe is cranberry bread...now becomes..tadaaaaa...chocolate chip bread...hehehhe...

how to make this quick bread...very quick n easy if all the ingredient in the house...(^_^)

bahan-bahan:
3 cawan (345 gm) tepung gandum yg diayak
1 cawan (115 gm) serbuk koko
1 cawan gula (200 gm) 
4 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1 telur gred A (lightly beaten)
1/4 cwn (4 sudu besar/ 56 gm) butter (cairkan dan disejukkan suhu bilik)
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 (360 ml) cawan susu segar
1 1/2 cawan chocolate chip

cara membuat: 
1.... dalam satu bekas besar, gaulkan tepung, serbuk koko, gula, baking powder, garam, dan cip coklat bersama...
2....dalam bekas lain campurkan telur yang dipukul, butter, vanilla dan susu bersama.
3..... campurkan bahan di (2) ke dalam (1) dan gaulkan sampai semua bahan sebati bersama...jgn terlebih gaul nanti bread ni akan jd keras sgt...cukuplah sekadar semua bahan jadi basah dengan (2) tadi.
4.... masukkan dalam loyang roti (8'' x 4") dan bakar selama 70 minit (suhu 160 celcius/ 325 F)..atau anda boleh check dgn cucuk sebatang toothpick (lidi). jika keluar bersih, masak lah maknany...

~ SELAMAT MENCUBA ~

ishhh...siapakaH yang mencuri bahagian ats roti saya 2...wuaaaaaa....

 1 slice for 1 person...huhu..jgn berebut....

first time baked it make me happy when friends said " bile nk buat lg...sedap...suka sbb kaya dengan coklat cip...love it...hahhaha"


Friday, 27 May 2011

hari terakhir di Sek0lah sbelum cuti penggal 1...

assalmualaikum....
ermmm...sekolah hari ni separuh hari jer...
start at 6.50 am until 9.30 am...
sedih jgk hari ni sbb last day with madam sue...dia dpt transfer ke SRI AMAN follow her husband whose being transfered there..lepas ni xdpt lar share recipe ngn madam lg...^madam is the best lar...^
s0 today i br0ught her cheese cake that i've learn fr0m her...hehehe...just bake it yesterday...=)
sedikit s0ft coz terbyk jus lem0n plk..tp sedap jgk lar...hehehe...mcm mana rasany reaksi madam Sue nnt ekk...hihihi...
here is the cake...huhuhu...xdela kemas...saya bdk baru blajar...

here is the recipe, if s0me1 wanna try...simple jer bahan dia...

OREO CHEESE CAKE

ingredients:
900gm cream cheese
245 gm sugar (gula halus)
4 eggs
1 lemon-for juice+zest
2 packet of oreo..

cara m'buat:
1. griskan loyang dengan mentega
2. hancurkan oreo and tekan tekapkn dalam loyang utk jdkan base utk cheesecake ni..tebal pun xpe...
3.utk cream fill: pukul cream cheese (r00m temperature) hingga lembut.
4. mskkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lg
5. mskkan jus lemon dan lemon zest ny..
6. mskkan telur sebiji demi sebiji..
7. klu ade lebihan oreo td , mskkan juga dlm cream cheese td dan kaup balikkan
8. mskkan dlm loyang y sudah ade oreo base td dan bakar guna teknik waterbath ..suhu oven 160'C 
selama 1jam 30 minit...
9. simpan sejuk dlm peti ais dulu before serve...

selamat mencuba...+ hEpi h0liday
THAT'S ALL FOR NOW...BUBAI...=)



Wednesday, 25 May 2011

resepi KEK COKLAT LEMBAP ...

MOIST CHOCOLATE CAKE
BAHAN A

 
1 CWN SERBUK KOKO (100 g)
1 CWN AIR (250 ml)
1 CWN gula (200 g)
 -masak semua bhn A sampai pekat

BAHAN B
2 cwn tepung naik sendiri (200 g)
6 biji telur
2 cwn gula (400 g)
1 sudu teh esen vanilla
2 cwn mentega (400 g)


Cara membuat:

1-    Pukul gula+mentega hingga kembang (sehingga campuran mentega & gula berwarna agak putih dari warna asal mentega)
2-      Msk telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
3-      Msk bahan A berselang seli dgn tepung sedikit demi sedikit (mula & akhirkan dengan tepung)
4-      Kukus dlm Loyang yang dah disapu majerin & dilapik "baking sheet"
5-      Kukus selama 1 jam @ sampai toothpick bila cucuk ditengah kek dan dikeluarkn bersih...

::: resepi ini menghasilkan 1 kg kek, sekiranya loyang bersaiz kecil, ia akan menghasilkan 2 loyang kek :::

p/s :::: untuk membuat ganache (topping) di atas kek :
bahan : 2 sudu besar mentega, 50 g chocolate bar, 3 sudu serbuk koko dan susu pekat manis
cara membuat: guna teknik double boiler (dalam gambar kat bawah) ::: masukkan mentega, chocolate bar dan serbuk koko. kacau  hingga larut/cair. masukkan susu pekat manis secukup rasa. (masukkan susu ikut suka anda, nak manis atau kurang manis). ratakan di atas kek yang sudah disejukkan semasa ganache masih panas.