Sunday 17 June 2012

4 perkara yg disembunyikan Allah

Pagi ini pak cik saya share kuliah subuh yang didengarnya pada pagi ini,

4 perkara yg disembunyikan Allah,

1. Keredhaan dalam ketaatan
Buatlah sebanyak banyak kebaikan kerana kita tak tahu kebaikan apa yang akan di beri keredhaan/rahmat oleh Allah untuk kita layak masuk syurga

2. Kemurkaan dalam kemaksiatan
Jauhilah semua kemaksiatan kerana kita tak tahu yang mana akan mendatangkan murka Allah yang amat besar

3. Makbul doa dalam mana-mana doa
Berdoalah sebanyak banyak kepada Allah sebab kita tak tahu doa mana akan dimakbulkan,  mungkin hanya pada doa makan

4. Wali Allah dalam kalangan orang awam
Berbuat baiklah kpd semua manusia kerana kita tak tahu siapa antara mereka yang dipilih dan diberi keistimewaan oleh Allah