Monday 17 September 2012

Mencari Buku Di Sibu

Assalamualaikum
Cuti hari minggu ditambah pula cuti satu malaysia
Sedikit kecewa apabila niat utk membeli karya Dr Robiah K. Hamzah tidak kesampaian. Puas mencari tapi tiada di Sibu...mahu beli online tapi kurang bijak menggunakan teknologi...harap bila balik semenanjung dapat cari dan membeli buku tersebut
InsyaAllah jika dimurahkan rezeki.

Rawatlah Hati Pujuklah Rasa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sedikit mutiara kata yang dikutip daripada lidah seorang hamba Allah pada hari ini

Wajah yang cantik itu bukan bertampal putih merah coklat
Wajah yang cantik itu terangkat apabila air mukanya air muka jernih,air muka ceria
Biar duitnya sedikit tetapi di wajahnya ada kemewahan
Biar gulanya sedikit tetapi manisnya ada dalam senyuman
Sebab itu daripada awal sudah dipesankan,
senyuman itu sedekah
Orang yang ceria , orang yang tenteram senang memberi
Orang yang sedih seperti berumah diperkuburan,orang yang melihat mendung seumur hidup spt memakai kaca mata kelabu melihat dunia ini terlalu sempit
Oleh itu,bangkitlah kekuatan bahawa kita tidak layak bersedih dan kitalah orang yang mampu mengubah diri untuk memilih untuk tidak bersedih.

- Dr Robiah K. Hamzah -