Sunday, 3 July 2011

::WHOLEMEAL cake::

utk bahan-bahan utk kek nye ialah:
(ruj::::resepi asal on joybaking.com)

1 cwn / 100 gm walnuts
1 cwn  oat
2 cwn carrot (ikut suke pun xpe)
2 cwn / 260 gm tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder (serbuk penaik)
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur
1 1/2 cwn / 300gm gula kastor
1 cwn / 240 ml minyak canola/myk jagung
2 sudu teh vanilla

bahan utk cream cheese frosting:
1/4 cwn @ 57gm butter
227 gm cream cheese
1 1/2 cwn / 230gm icing sugar (kurangkan klu xnk manis)
sedikit parutan lemon

cara membuat:

1. panaskan oven 350 F / 180 C
2.bakar walnut dlm oven selama 8 minit sebelum dicincang halus
3.dalam satu mangkuk besar ::: gaulkan sebati tepung gandum+serbuk penaik+soda+garam+serbuk kayu manis
4. dalam mangkuk berasingan::: pukul telur hingga kembang (1 minit). masukkan gula dan pukul lagi sampai adunan pekat (warna kuning muda). masukkan minyak perlahan-lahan sambil pukul adunan tadi.
5. masukkan tepung dalam adunan di (4) dan kacau sebati.
6. masukkan carrot+walnuts+oat
7. masak selama 30- 40 minit @ sehingga lidi y dicucuk kedalam kek dieluarkan bersih.
8. masa bakar berbeza mengikut loyang yang digunakan. jika loyang kecil dan tinggi kek y dimasak mungkin lebih lama.
loyang saya besar dan agak tebal jadi ambil masa sejam untuk bakar...=)

cream cheese frosting on top of the cake...so sweet...

cara membuat frosting (icing di ats kek):
1.pukul cream cheese+mentega hingga sebati
2. masukkan icing dan pukul sampai pekat. jgn terlebih pukul, nanti dia cair, susah nak letak ats kek nanti
3. masukkan parutan lemon+sedikit vanilla.
4. ratakan atas kek apabila kek sudah sejuk.

"kurangkan gula" for healthy lifestyle


*~ BELUM CUBA BELUM TAU ~*
@>--"--------