Sunday 12 February 2012

SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1433H


Dalam suatu riwayat, Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, Malaikat Jibril, Mikhail, Israfil dan Izrail A.S, telah berkata kepadaku. 

Berkata Jibril A.S. : Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing
tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian
seperti kilat menyambar. 

Berkata pula Mikail A.S. : Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.

Berkata pula Israfil A.S. : Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku
sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu. 
Malaikat Izrail A.S pula berkata: Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya 
seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.



Demikianlah kelebihan berselawat. Sesiapa yang rajin berselawat, Jibril akan menjadi pemandunya di titian sirat, mikail pula akan memberinya minum 
di mahsyar dan izrail akan mencabut nyawa dengan lembut.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL pada tahun ini masih lg meriah seperti tahun-tahun sebelum...syukur alhamdulillah..
Saya boleh berbangga dengan diri saya di sini kerana berpeluang terlibat dalam aktiviti perarakan sebegini...meriah,mengeratkan silaturrahim sesama muslim di samping tujuan sebesar-besar tujuan iaitu mengejar pahala Allah dan syafaat Rasulullah dengan berselawat ke atasny...di kampung saya rasanya tidak pernah saya menyertai aktiviti sebegini.

Perarakan bermula pada jam 7.30 pagi berarak dari Dewan Suarah Kapit melalui jalan-jalan utama pekan Kapit. Rasa bangga sebagai seorang muslim dapat berselawat beramai-ramai sambil disaksikan oleh ramai non-muslim.

Semua umat Islam di Kapit tidak kira peringkat umur berkumpul untuk berarak sambil berselawat bersama-sama seawal jam 7.00 pagi.



perarakan berakhir kira-kira jam 9 pagi...
makanan percuma diagihkan selepas perarakan

SERONOK MENGEJAR PAHALA ALLAH...
semoga program seperti ini kekal hingga generasi akan datang.






No comments:

Post a Comment