Friday, 2 March 2012

when i wake up & wanna eat something very satisfying my heart

::: assalamualaikum & salam sejahtera :::
<3 flash back on sunday 26 feb 2012... :*_*: seminggu sebelumny tgk martha bakes at NTV7 .... tiba2 bangun hari ni teringin nk mkn blueberry muffin yang martha buat...duk termenung lepas solat subuh..lalu menghilangkan keinginan 2 dgn tidur...hehehe...bgn pukul 8...aduhai kempunan lg..terus masuk dapur tgk stok brg y ade .... bantai aje...blueberry xde so replace with strawberry chip...lets see how its look ok! :::

 ::: worth it for the first time bake it :::


Strawberry chip muffin with brown sugar crumb
untuk buat serdak (crumbs)untuk diletakkan atas muffin:
1 1/4 cawan tepung gandum biasa
1/2 cawan padat gula perang
3/4 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 cawan mentega dicairkan dan disejukkan
*semua bahan-bahan ni dicampur dan digaul sampai jadi crumbs (rupany mcm kelapa parut yang kering y selalu kita goreng tu)....kemudian ketepikan dahulu.

untuk bahan muffin:

3 cawan + 2 sudu besar tepung naik sendiri
6 camca besar mentega dilembutkan
1 1/4 cawan gula halus
1 besar telur + 2 kuning telur
1 sudu teh ekstrak vanila tulen
1 cawan susu
100 g strawberry chip
Gula halus dan dan chocolate rice untuk topping (optional)

cara membuat muffin:
1. Panaskan oven kepada 375 F.(oven saya: 200 C). letak pelapik kertas standard 12-cawan acuan muffin.
2. Ayak bersama tepung naik sendiri ke dalam mangkuk.
3. Dengan pembancuh elektrik pada kelajuan sederhana, pukul mentega dan gula hingga kembang.
4.Tambah telur dan vanila; pukul lg sehingga sebati.
5. Kurangkan kelajuan rendah;masukkan tepung dan susu berselang seli, bermula dan berakhir dengan tepung.
6. Masukkan strawberi chip dan kaup balikkan perlahan-lahan. Jgn terlebih kacau nnt adunan sedikit keras pulak.
7. Masukkan adunan ke dalam cawan muffin. taburkan crumbs td, gula halus dan choc rice sbg topping.
8. Sebelum muffin dimasukkan saya turunkan suhu kepada 160 C. Bakar sehingga warna keemasan di atasnya.






***... Happy trying ...***