Friday, 13 April 2012

KETENANGAN HATI DATANG DARIPADA ILMU YANG DITUNTUT, ILMU DATANG DARIPADA ALLAH S.W.T ... & SESUNGGUHNYA SEGALANYA DATANG DARIPADA ALLAH SWT KERANA MENGGERAKKAN HATI UNTUK MENCARI ILMU ...

Apabila kamu bersedih, ingatlah bahawa qadha dan qadar itu telah ditentukan oleh Allah SWT..

Wahai insan ciptaan Yang Maha Bijaksana ;

Selepas lapar pasti ada kenyang
Selepas haus pasti ada kepuasan
Selepas berjaga malam pasti akan ada tidur yang lena
Dan selepas sakit pasti datang kesembuhan

Setiap yang hilang akan ditemui
Setiap yang sesat akan datang petunjuk
Setiap kesusahan akan hadir kemudahan
Dan setiap kegelapan akan hadir terang benderang

Sampaikanlah khabar gembira pada malam hari
Bahawa sang Fajar pasti datang
Menghalaunya dari puncak-puncak gunung
Mengusirnya dari dasar-dasar lembah

Kepada kita yang dalam kesusahan
Ingatlah bantuan pasti datang
Secepat kilat sekerdipan mata

Kepada kita yang ditindas
Ingatlah, kelembutan dan dakapan hangat
Pasti akan segera tiba

Ketika kita melihat hamparan padang pasir
Memanjang tanpa batas
Ketahuilah, di sebalik kejauhan itu
Pasti adanya kebun merimbun hijau dedaunan

Ketika kita melihat tali terpilin kencang
Ketahuilah, tali itu pasti akan putus

Setiap tangisan akan berkesudahan dengan senyuman
Ketakutan akan berakhir dengan dengan rasa aman
Dan kegelisahan pasti akan lenyap dengan kedamaian

Janganlah sekali-kali merasa terhimpit sedikit pun
Kerana setiap keadaan pasti berubah

Walaupun begitu, yang ghaib terus tersembunyi
Dan Yang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifatNya
Sesungguhnya,
Sebaik-baik ibadat itu adalah menunggu kemudahan dengan sabar



~ La Tahzan~
*Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni*