Thursday, 3 May 2012

COTTON CHEESE CAKE ...


BAHAN:
Bahan A
250 g cream cheese
300 ml susu segar
50 g butter
Secubit garam
Satu sudu besar jus lemon

Bahan B
6 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
100 g tepung naik sendiri (1 cawan) - diayak
< jika anda guna tepung gandum, ayak bersama 1/4 sudu besar serbuk penaik >
Sedikit esen vanilla

Bahan C
6 biji putih telur
125 g gula halus ( 3/5 cawan)
Secubit garam
1 sudu teh cream of tartar (optional)

CARA MEMBUAT:
             1 - Masak bahan A menggunakan teknik double boiler. Biarkan sejuk seketika.
    2 - Dalam bekas berasingan, pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan bahan A tadi + esen vanilla dan pukul lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau lagi hingga sebati.
    3 - Dalam bekas berasingan, pukul putih telur sampai kembang ( Nampak buih2 putih pekat). Masukkan garam dan cream of tartar dan pukul lagi.
    4 - Masukkan gula satu sudu besar dan pukul lagi. Masukkan lagi gula satu sudu besar dan pukul lagi. Ulang langkah ini sehingga gula habis. Pukul putih telur sampai gula betul-betul larut dan tidak berketul apabila dirasa dengan jari. Pukul adunan sampai menjadi putih dan pekat sampai xmeleleh pun bila bekas diterbalikkan.
that egg white should be like this
    5 - Kaup balikkan bahan C dengan campuran kuning telur, tepung dan bahan A tadi. Kaup balik perlahan supaya kepekatan putih telur tidak rosak.
     6 - Bakar menggunakan teknik water bath selama satu jam. Suhu oven 170°C (20 minit) dan turunkan suhu kepada 140° C (40 minit). 
teknik water bath   
    Lapikkan kertas aluminium di atas kek sekiranya permukaan atas kek menjadi terlau cepat perang.
     7 - Cucuk toothpick ditengah kek untuk pastikan kek  masak. Kalau keluar bersih, maknanya dah masak.

aftermyredpen
tadaaa.... the cotton cheese cake is done ...cool right !!!

   it will be more nicer and cook fast if you can use this kind of pan (picture below) ...