Sunday 19 June 2011

HUKUM MENYAMBUT HARI LAHIR

assalamualaikum wbt...


Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam fatwanya menyebut; “…Adapun perayaan-perayaan Negara seperti sambutan kemerdekaan atau penyatuan atau perayaan-perayaan kemasyarakatan seperti sambutan hari ibu, hari kanak-kanak, hari buruh, hari pemuda dan sebagainya, harus bagi seorang muslim untuk mengucapkan tahniah (kepada orang lain) bersempena hari tersebut dan harus ia menyertainya atas dasar ia salah seorang penduduk atau pemastautin di Negara tersebut dengan syarat ia hendaklah menjauhi perkara-perkara yang diharamkan oleh Syari’at yang berlaku semasa sambutan-sambutan tersebut”.

Oleh yang demikian, mengadakan sambutan hari lahir dan hari perkahwinan adalah harus dengan syarat tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang ditegah Syarak (yakni Allah dan Rasul). Islam mengharuskan untuk kita melahirkan perasaan gembira terhadap anugerah Allah kepada kita dengan sebarang cara asalkan tidak menyalahi Syari’at yang wajib kita ikuti. Sekalipun sambutan sedemikian tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w., namun itu tidak menjadi alasan untuk mengharamkannya kerana kita hanya ditegah melakukan perkara baru (yakni Bid’ah) dalam hal-hal agama. Adapun dalam hal-hal keduniaan, terserah kepada kita asalkan jangan sampai melanggari ketetapan Syari’at yang sedia ada. Islam adalah agama yang sentiasa memberi kelapangan kepada manusia.

Namun begitu, ade ulama yang menkat0gerikan sambutan hari lahir sebagai bid'ah..
''Barangsiapa yang mendatangkan suatu perbuatan baru (mengada-ada) dalam urusan kita ini (agama) sesuatu yang bukan darinya maka hal itu adalah ditolak''. (Hadits Muttafatwa 'ala shihhatihi = hadits yang sepakati atas keshahihannya).

Pada pendapat saya tidak salah sekiranya kita mengingati hari lahir utk bersyukur ats nikmat umur ats niat dipanjangkan umur kerana masih diberi ruang memperbykkan ibadat utk bekalan di akhirat kelak..

Sebahagian ulama tidak menyukai do’a agar dikurniakan umur panjang secara mutlak. Mereka kurang setuju dengan ungkapan : “Semoga Allah memanjangkan umurmu” kecuali dengan keterangan ‘ Dalam ketaatanNya” atau “Dalam kebaikan” atau kalimat yang serupa. Alasannya umur panjang kadangkala tidak baik bagi yang bersangkutan, kerana umur yang panjang jika disertai dengan amalan yang buruk (nauzubillahi min zalik) hanya akan membawa keburukan baginya, serta menambah siksaan dan malapetaka.

Oleh itu, sekiranya kita hendak mendoakan seseorg sempena hari lahirny..jauhilah mendoakan semoga dipanjgkn umur secara mutlak dan seumpamanya. Selain itu, seboleh-bolehnya jauhkanlah majlis hari lahir y diikuti dengan meniup lilin dan memotong kek kerana kita sering diingatkan supaya tidak menyerupai sesuatu kaum, seperti mana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia dikira dari kaum tersebut". (riwayat Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437, Al-Haithamiy, Majma' al-Zawaid, jld: 10, hlm: 274). Biasanya acara memotong kek & meniup lilin dikaitkan dgn budaya yahudi dan nasrani yang membawa maksud tertentu.


Kesimpulannya, apa-apa pun setiap amalan kita bergantung kepada niat dan asas niat adalah semata-mata kerana Allah. Namun begitu, kita juga harus mengambil kira pandangan org sekeliling kita agar tidak menimbulkan fitnah dan dijadikan contoh y kurang baik dalam masyrakat kerana niat tidak nampak oleh pandangan hakikki. Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan solat hajat, majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya. 



*buang yang keruh, ambil yang jernih*

wassalam...

No comments:

Post a Comment